~ 8 Amalan Yang Dituntut Sepanjang 10 Hari

~ 8 AMALAN YANG DITUNTUT SEPANJANG 10 HARI PERTAMA DI BULAN ZULHIJJAH ~

Taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan amal soleh sememangnya dituntut sepanjang masa. Walau bagaimanapun, ada beberapa masa dan keadaan yang Allah dah tetapkan terdapatnya ganjaran lebih besar apabila dibuat pada masa tersebut.

Inilah hadiah kurniaan dari Allah SWT yang mesti direbut dan dimanfaatkan sebaiknya.

Salah satu daripada masa dan hari istimewa tersebut adalah hari-hari sepanjang 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah.

Pejam celik pejam celik, kita dah pun masuk ke bulan Zulhijjah bermula pada maghrib semalam.

Maka, perbanyakkanlah amalan-amalan sunat sepanjang 10 hari pertama di bulan Zulhijjah ini sebelum kita bertemu dengan hari yang lebih istimewa di bulan ini iaitu Hari Raya AidilAdha yang akan jatuh pada 10 Zulhijjah nanti.

8 AMALAN YANG DITUNTUT PADA 10 HARI PERTAMA DI BULAN ZULHIJJAH

1) Solat sunat
2) Puasa sunat
3) Perbanyakkan baca Quran > hafal Quran > faham Quran > tadabbur (beramal dengan isi Quran) > sampaikan kebaikan Quran
4) Banyakkan doa
5) Sentiasa istighfar
6) Banyakkan sedeqah
7) Hadir majlis ilmu secara online (majlis yang dinaungi Malaikat)
8) Sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran

#zulhijjah
#korban
#puasa
#amalan
#sunat